Tuesday 3 April 2012

akhirnya sempurna !

" hoi, buta ke ?! jalan sikit punya besar pun still nak langgar orang... apahal ?!" marah syakira apabila dia terlanggar dengan seseorang.
"sorry..  ! saya tak sengaja..saya tak perasan..  ! awak ok tak ?? kalau injured.. jom saya bawak awak pergi klinik.. " balas hafif.
" dah langgar orang nak buat baik pulak... weyh, tak payah nak tunjuk yang kau tu baik sangat lah... " syakira masih tak berpuas hati.
" eh, apa masalah awak ni ? saya kan dah minta maaf...saya tak sengaja.. yang awak tu... dah nampak saya nak langgar awak kenapa tak mengelak...?! lagi satu.. awak ni tak pernah belajar sivik eah ? tak reti berbudi bahasa ke ?! dah lah awak tu perempuan...cakap kasar pulak dengan orang... malang siapa dapat awak... !! " hafif berasa geram dengan kelancangan syakira kerana seolah olah..dia telah membuat satu kesalahan yang besar sehingga diperkatakan seperti itu.
"heeiiii.... membebel pulak mamat selenge ni.... dah lah.. ! aku malas nak layan kau ! blah lah kau mamat selenge ... " syakira pun berlalu meninggalkan hafif. ' eh , ni siapa punya pula ni...ni mesti perempuan tu punya. adoi, macam mana aku nak bagi dia ni. ' kata hafif dalam hati. syakira telah tercicir barang kepunyaanya semasa belanggar tadi.

" mana pulak barang yang aku beli tadi...dah lah emergency...nak main sorok sorok pulak barang ni.... takkan lah tercicir.. janganlah tercicir..malu setahun aku" kata syakira seorang diri ketika berada di ladies.
" nampak nya aku kena beli lagi lah ni.... rugi betul lah.... " rungut syakira sambil berlalu keluar.
" awak.. awak tertinggal ni masa pelanggaran tadi. " kata hafif..syakira teragak agak untuk menyambutnya..tapi memikirkan...kepentingannya...dia terus meyambutnya. ' malu lah siot..mana nak letak muka..'
" apa masalah awak ni ?? dah takda kerja lain ke ? tadi awak langgar saya..sekarang..awak ambil barang saya pula.. !!! bentak syakira.
" eh , awak ni kenapa ? saya hanya memulang kan barang awak..awak tercicirnya tadi... lagi satu awak tau tak.. betapa malunya saya pusing satu mall ni ikut awak hanya semata mata nak pulangkan barang awak ni...bukan nak ucap terima kasih .. marah pula... dah lah mcam mak nenek...barang pun boleh tercicir... ni kalau ada anak ni... anak hilang pun tak perasan ! balas hafif. ' hei perempuan ni... selamat kau perempuan..kalau lelaki... buka lima aku hinggap kiri kanan pipi dia..'
" diam lah ! blah lah kau mamat selenge..tak malu ke berdiri kat depan ladies. nak aku jerit biar orang belasah kau ke  ! syuuuhhh.... ! " halau syakira.
hafif tersedar yang dia sedang berdiri di depan ladies... cepat cepat dia membuka langkah...bimbang dia akan dituduh sebagai pengintip.. ' tau takut...' syakira tersenyum..dan terus bersiap untuk pergi ke temu janji yang diaturkan di facebook malam tadi.

Syakira senyum sendirian sambil membalas pesanan teman sibernya..' ahh....esok aku ada date ! macam mana lah rupa budak ni eak...ada tak macam David Beckam , ataupun Tom Cruise ,, eh tu jauh sangat...kat Malaysia dah la... huhu...harap harap muka budak tu ada lah macam hero drama Vanilla Coklat tu... hensem tu...'. syakira berangan terlalu jauh tanpa dia sedar... gedebuk ! 
" kira, bunyi apa tu ? dah tengah malam tak payah nak berwrestling lagi... pergi tidur.... heiii..macam macam lah budak ni..." bebel puan Zahira.
" tak ada apa lah ma, nak tidur lah ni ," jerit Syakira dari bilik tidurnya. 'aduii.. malunya aku..selamat kat rumah sendiri...kalau kat tempat lain tadi... bukan setakat setahun malu... setahun setengah kulit muka aku setebal kulit gajah.' jerit syakira dalam hati. dia kembali merebah kan diri ke katil bersaiz queen itu.. sebelum dia melelapkan mata dia mengimbau kembali..bertapa romantiknya teman sibernya, 'Macho Malaya' . tidak lama itu syakira tertidur dengan senyuman yang tak lekang.

" haih, mana dia ni ?! fuhh....kira..sabar.. ! jangan nak angin tak tentu pasal... senyum.. " syakira cuba menenangkan dirinya. ' semalam dia kata dia pakai baju warna kelabu... tak ada pun....' Syakira sempat melirik ke arah jam tangannya. ' Mak aih.. setengah jam lambat.. ni yang angin ni. '
" hai lama tunggu... ? seseorang telah menegur syakira dari belakang.
" oh mak kau meletup jatuh longkang " syakira terperanjat lalu terus memusing kan badan nya kebelakang.
" tak........ eh ! kau lagi ? kau buat apa kat sini ? kau ni spoil lah.. elok elok mood aku elok kau datang terus hancur." marah syakira.
" kau lagi ! betapa malang aku harini asyik jumpa kau jek... kau ni kenapa eak ? asal suka ikut aku ? aku ada date pun sibuk nak ngintip ! " hafif terperanjat melihat syakira berada didepannya. Syakira membalas renungan dengan tajam. ' eh, mamat ni selenge ni pakai baju kelabu lah... ala..jangan lah dia... memang fail habis lah kalau dia orang nya... dah lah tak hensem... selekeh lagi.. pakai seluar koyak rabak... takkan nak bawa balik tunjuk kat mama papa aku... mau tak terkezut diorang tengok bakal menantu dia rock habis ! ' kata Syakira dalam hati. ' Eh minah ni pakai warna biru lah...harap harap bukan dia... kalau dia..tak hingin aku..mulut dia dengan longkang..busuk lagi mulut dia' , kutuk Hafif.
" eh..kau ni 'miss lipstick pink' ke ? " tanya Hafif yang inginkan kepastian.
' macam mana dia tau..jangan jangan...'
"kau ni ' Macho Malaya' ke ? tanya syakira..
"ahh... bala - bala... ! " jerit Hafif... impian hafif untuk perkenalkan perempuan yang dikenali di laman sosial kepada kakak nya berderai musnah... 
" kenapalah mesti kau !  adoi.. aku penatlah asyik tengok muka kau jek harini... " luah hafif
" kau fikir penat kau.. baran aku kau taknak kira... muak lah tengok kau... ingat kau handsome sangat ke  ! " marah syakira.
" aku memang handsome ! macho malaya lah.. dari kau... ingat kau cantik sangat ke !  kalau kau perempuan terakhir yang ada kat dunia ni.. aku rela mati lah dari aku kena hidup dengan kau !  " 'huh !  puas hati aku...'
" apa ?? handsome ?! perempuan mana yang sakit mata tu ??! eh  !  kalau kau jantan terakhir aku rela jadi anak dara tua lah... ingat apa... aku hadap sangat ke dengan kau... jantan macam kau ni... bersepah derr... aku nak... tak payah petik... aku jeling je... dah ramai yang datang....  ! "
" eh perempuan ni... mak aku cakap... biar tak lawa.. asal kaya budi bahasa.. kau ni..dah lah tak lawa... biadap pulak tu... malang siapa dapat kau.... "
" mak kau kisah apa..aku  bukan menantu dia... eh dah lah... makin layan kau ni..makin biadap mulut aku... kau nak tau tak..aku dengan orang lain... takda lah biadap macam ni... aku taktau lah... bila dengan kau... biadap aku menjadi jadi... agaknya... muka kau tu yang suwei... hahhaha " syakira terus melangkah meninggalkan hafif.


   




2 comments: